Sunday, 4 March 2012

LUAHAN HATI SEORANG ANAK ..

Cuba bayangkan kalau ini yang terjadi pada korang. Untuk yang bergelar ibu atau bapa pulak, cuba bayangkan ini luahan hati anak anda.
"Ibu, dah lama Along simpan ni dalam hati. Along bukan berdendam, tapi macam suatu pertanyaan. Kenapa Along rasa macam ibu lebihkan Angah dari Along? Sebab Along tak pandai kah? Sebab Angah lagi berjayakah?
Ayah, kenapa dengan Angah ayah boleh bawa main denga Along tak? Along cemburu sebab ayah selalu gelak-gelak main dengan Angah. Tapi dengan Along, kadang-kadang tu ayah macam tak nak tengok Along. Kenapa ayah?
Along tak salahkan ibu bila Along tak dapat belajar tinggi. Mungkin itu silap Along sendiri. Ya! Kadang-kadang Along cemburu dengan Angah buu. Sejak Angah masuk tingkatan 1 lagi Angah dah tinggal luar. Dia pergi sekolah Agama dan tinggal asrama.
Bila dia naik tingkatan 3, dia bertuah sebab dapat pergi sekolah Teknik. Jauh pulak tu. Dia tinggal asrama lagi. Along? Sejak Along tingkatan 1 Along tak pernah pindah sekolah. Along tak pernah tinggal asrama.
Sepanjang Angah sekolah jauh tu Along rasa best sangat sebab dia boleh jalan-jalan. Tidur rumah kawan. Tapi kenapa kalau Along minta izin dari ibu untuk keluar dengan kawan ibu tak bagi? Ibu, Along depan mata ibu. Along takkan buat benda yang salah. Cuma sekali sekala Along teringin nak jalan-jalan dengan kawan. Ibu tetap tak bagi. Tak apalah bu.
Along dah habis sekolah. Kawan-kawan Along semua nak timba pengalaman cari kerja. Along pun teringin nak merasa kerja bu. Ibu kata, nak dapat duit tu susah kan. Along nak rasa kesusahan tu bu supaya Along akan lebih tahu betapa susahnya ayah nak cari duit.
Tapi ibu tak bagi. Along tau ibu tak suka Along kerja yang gaji rendah-rendah, tapi bu. Semua orang bermula dari bawah. Kenapa ibu pandang kerja yang bergaji rendah tu tak bernilai? Okey tak apa. Along dapat kerja kerani. Gaji 800+, kenapa ibu masih tak setuju?
Bila Angah dah habis belajar, Angah cuma tanya ibu sekali samada dia boleh kerja atau tidak. Ibu kata sekali je. BOLEH. Ibu tak tau apa perasaan Along masa tu. Along cuma tahan airmata supaya tak jatuh. Kenapa ibu lebihkan Angah?
Sekarang, Angah dah belajar masuk UiTM. Along pula cuma Politeknik. Angah Diploma, Along Sijil. Ada beza ka bu? Dulu masa Along mula-mula masuk belajar, ibu jarang telefon Along. Tapi sekarang bila Angah dah masuk UiTM, kalau boleh tiap masa ibu nak telefon Angah.
Ibu, Along menangis dalam hati ni. Ibu dengar tak? Along sayang ibu, tapi tiap hari Along menangis. Kenapa ibu lebihkan Angah dari Along? Mungkin bila Along tak ada baru ibu sayang Along kan.."
Sekian..

No comments:

Post a Comment